Ahad, 24 Mac 2024

Pakej Nikah Di Thailand 2024 / 2025

Kos Sebenar Nikah Di Thailand


Pakej Satu Hari: Rm1,300 (Harga Agensi Lain: Rm1,300 ~ Rm2,000)

1. Segala urusan bayaran di Majlis Agama Islam Songkhla, imam jurunikah, saksi bertauliah, khidmat gambar serta dokumen nikah = 5,000 baht (Rm650).
2. Insurans & transport VVIP 1 hari = Rm400.
3. Caj pengurusan = Rm250 (Caj pengurusan agensi lain : Rm250 ~ Rm1,000)


Pakej Dua Hari Satu Malam: Rm1,800 (Harga Agensi Lain: Rm1,800 ~ Rm2,500)

1. Segala urusan bayaran di Majlis Agama Islam Songkhla, imam jurunikah, saksi bertauliah, khidmat gambar serta dokumen nikah = 5,000 baht (Rm650).
2. Segala urusan bayaran di Konsulat = 1,000 baht (Rm135)
3. Hotel = 750 baht (Rm100)
4. Insurans & transport VVIP 2 hari = Rm600.
5. Caj pengurusan = Rm315 (Caj pengurusan agensi lain : Rm315 ~ Rm1,000)


Setelah 12 Tahun Kami Menguruskan Pasangan Nikah Di Thailand Dengan Harga Pakej Yang Rendah, Kami Sering Di Fitnah Oleh Agensi-Agensi Yang TAMAK & Mengenakan Harga Yang Sangat Tinggi.

Hari Ini Saya Ingin Menulis Beberapa Fakta Yang Pasangan Perlu Tahu Sebelum Memilih AGENSI NIKAH DI THAILAND:


Kenali Agen Nikah Yang TAMAK, DENGKI & SINDIKET Apabila Mereka Tidak Menyatakan KOS SEBENAR NIKAH DI THAILAND Dengan Sejujurnya.

# CONTOH: Scammer Yang Menyamar Sebagai Profil "KAK WAN".

Kenali Agen Nikah Yang TAMAK, DENGKI & SINDIKET Apabila Mereka Membuat FITNAH Terhadap Agensi-Agensi Lain Yang Menawarkan Harga Yang Lebih Rendah Dari Mereka.

# CONTOH: Scammer Yang Menyamar Sebagai Profil "KAK WAN".

Ingat "KAK WAN",
Ingat SCAMMER..!!


***Kami akan PASTIKAN anda pulang dengan 8 DOKUMEN LENGKAP ***

1. Surat Pengesahan Konsulat Malaysia
2. Sijil Nikah (Disahkan Pejabat Konsul)
3. Surat Pengesahan Majlis (Disahkan Pejabat Konsul)
4. Surat Tauliah Imam Jurunikah (Disahkan Pejabat Konsul)
5. Salinan Kad Pengenalan Suami & Isteri (Disahkan Pejabat Konsul)
6. Salinan Passport Suami & Isteri (Disahkan Pejabat Konsul)
7. Gambar Nikah Pasangan Bersama 3 Imam Bertauliah (Disahkan Pejabat Konsul)
8. Resit Rasmi Bayaran Di Pejabat Konsul Malaysia



- Kami menguruskan pasangan akad nikah secara sah di Majlis Agama Islam Selatan Thailand. Hubungi 012-4952275 (Encik Faiz/ Puan Ros).

[Semua bayaran hanya perlu di buat SETELAH SELESAI urusan akad nikah di Majlis Agama Islam Thailand. TIADA SEBARANG DEPOSIT]

Majlis Agama Islam Thailand hanya mengeluarkan Tauliah bagi Imam-Imam Thailand untuk menjalankan pernikahan Wali Hakim di Majlis Agama Islam Thailand SAHAJA. Tiada NIKAH ONLINE. Tiada nikah wali hakim di sempadan PERLIS atau sempadan KELANTAN. Sila berhati-hati...

Alhamdulillah... Kami berjaya menguruskan pernikahan lebih dari 100 pasangan setiap bulan.

Untuk keterangan lanjut hubungi kami (telefon / sms / whatsapp) di talian:

012-495 2275
(Puan Ros / Encik Faiz)
SILA KLIK NO DI ATAS UNTUK CALL/ SMS

SILA KLIK NO DI BAWAH UNTUK WHATSAPP

0124952275


Pakej 1 Hari (Rm1,300)

(Pakej Nikah di Majlis Agama Islam Songkhla, Thailand)

Trip 1: Isnin
Trip 2: Selasa
Trip 3: Rabu
Trip 4: Khamis
Trip 5: Jumaat
Trip 6: Sabtu
Trip 7: Ahad

Tentatif:

7.00 pagi: Bertolak dari Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah
9.00 pagi: Tiba di Majlis Agama Islam Songkhla
10.00 pagi: Majlis akad nikah
12.00 tengah hari: Makan tengah hari
1.00 tengah hari: Bertolak pulang
2.00 petang: Tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam, Kedah

Harga Pakej Termasuk:

~ Pengangkutan
~ Bayaran Majlis Agama Islam Songkhla
~ Bayaran imam jurunikah
~ Bayaran 2 orang saksi
~ Bayaran surat
tauliah imam jurunikah
~ Bayaran fotostat semua dokumen
~ Khidmat gambar dan video akad nikah
~ Nota panduan daftar nikah luar negara
~ Wifi PERCUMA sepanjang perjalanan

Pakej 2 Hari 1 Malam (Rm1,800)

(Pakej Nikah di Majlis Agama Islam Songkhla Thailand + Pengesahan Dokumen di Pejabat Konsulat/ Kedutaan Malaysia di Songkhla)

Trip 1: Isnin - Selasa
Trip 2: Selasa - Rabu
Trip 3: Rabu - Khamis
Trip 4: Khamis - Jumaat

Tentatif:

Hari Pertama

7.00 pagi: Bertolak dari Imigresen Bukit Kayu Hitam
9.00 pagi: Tiba di Majlis Agama Islam Songkhla
10.00 pagi: Majlis akad nikah
11.30 pagi: Urusan pengesahan dokumen di Pejabat Konsul
12.00 tengah hari: Makan tengah hari
1.00 tengah hari: Check in di Hatyai / Songkhla. Aktiviti bebas.

Hari Kedua

12.00 tengah hari: Check out hotel & makan tengah hari
2.00 petang Urusan pengesahan dokumen di Pejabat Konsul
3.00 petang: Bertolak pulang
5.00 petang: Tiba di Imigresen Bukit Kayu Hitam

Harga Pakej Termasuk:

~ Pengangkutan
~ Penginapan 2 hari 1 malam
~ Bayaran Majlis Agama Islam
~ Bayaran imam jurunikah
~ Bayaran 2 orang saksi
~ Bayaran surat tauliah imam jurunikah
~ Bayaran kepada Pejabat Konsul Jeneral Malaysia
~ Bayaran fotostat semua dokumen
~ Khidmat gambar dan video akad nikah
~ Nota panduan daftar nikah luar negara
~ Wifi PERCUMA sepanjang perjalanan


Dokumen yang perlu di bawa:

1. Kad Pengenalan (I/C)
2. Passport Antarabangsa atau Pas Sempadan
3. Surat Cerai Asal (bagi janda sahaja)
4. Surat Akuan Memeluk Islam (bagi muallaf sahaja)


Nota Penting:

- Bagi pasangan lelaki atau perempuan yang berumur bawah dari 18 tahun, mesti hadir bersama ayah atau ibu bagi mendapatkan pengesahan dokumen di Pejabat Konsul Malaysia.

- Kami menguruskan pasangan akad nikah secara sah di Majlis Agama Islam Thailand yang diiktiraf. Hubungi 012-4952275 (Encik Faiz/ Puan Ros). Bagi pasangan yang membawa kenderaan sendiri atau menaiki bas, perlu tiba di Stesyen Bukit Kayu Hitam sebelum jam 7.00 pagi. Ini bagi melancarkan urusan perjalanan terus ke Thailand.

Untuk tempahan, boleh whatsapp kepada pihak kami maklumat berikut:


1. Nama: ....................
2. Nama Pasangan: ....................
3. Tarikh Nikah: ....................
4. Pakej: Rm...............


Untuk keterangan lanjut hubungi kami (telefon / sms / whatsapp) di talian:

012-495 2275
(Puan Ros / Encik Faiz)
SILA KLIK NO DI ATAS UNTUK CALL/ SMS

SILA KLIK NO DI BAWAH UNTUK WHATSAPP

0124952275


[ Idenditi pasangan akan dirahsiakan dari umum & tidak ada sebarang gambar atau video yang akan disebarkan dalam media / laman sosial. Rahsia pasangan adalah amanah pada kami ]

{Semua bayaran hanya perlu di buat SETELAH SELESAI urusan akad nikah di Majlis Agama Islam Thailand. TIADA SEBARANG DEPOSIT}

Promosi Sah Bermula 1 Januari 2024 Sehingga 31 Disember 2025

* Terhad untuk 2 pasangan sahaja untuk setiap hari.


Jadual Kekosongan Bulan Mac 2024


01/3
/2024 - PENUH
02/3/2024 - PENUH
03/3/2024 - PENUH
04/3/2024 - 1 Kekosongan
05/3/2024 - PENUH
06/3/2024 - PENUH
07/3/2024 - PENUH
08/3/2024 - 1 Kekosongan
09/3/2024 - PENUH
10/3/2024 - PENUH
11/3/2024 - PENUH
12/3/2024 - PENUH
13/3/2024 - PENUH
14/3/2024 - 1 Kekosongan
15/3/2024 - PENUH
16/3/2024 - PENUH
17/3/2024 - PENUH
18/3/2024 - 1 Kekosongan
19/3/2024 - PENUH
20/3/2024 - 1 Kekosongan
21/3/2024 - PENUH
22/3/2024 - PENUH
23/3/2024 - 1 Kekosongan
24/3/2024 - PENUH
25/3/2024 - 1 Kekosongan
26/3/2024 - 1 Kekosongan
27/3/2024 - 1 Kekosongan
28/3/2024 - 1 Kekosongan
29/3/2024 - 1 Kekosongan
30/3/2024 - 2 Kekosongan
31/3/2024 - 2 Kekosongan


HATI-HATI MEMANDU,
INGATLAH YANG TERSAYANG. 


PENGUMUMAN PENTING (Maklumat Terkini)

MAJLIS AGAMA ISLAM THAILAND telah di buka secara NORMAL untuk urusan pernikahan rakyat Malaysia bermula 1 APRIL 2022.

Urusan Nikah Di Thailand telah di buka UNTUK TEMPAHAN.



*** Untuk tempahan awal bagi bulan Mac 2024 sehingga Disember 2024 sila maklumkan kepada pihak kami ***


NOTA:

[Dikemaskini pada 25 Mac 2024]

Pasangan Bergambar Di Hadapan Majlis Agama Islam Songkhla



Pasangan Bergambar Bersama Imam Selepas Selesai Majlis Pernikahan

Encik Faiz Bersama Pasangan Hadir Di Pejabat Konsul


Harga Pakej Yang Kami Tawarkan Adalah "ALL-IN" Untuk Setiap Pasangan;

Pakej 1 Hari: Rm1,300
Pakej 2 Hari 1 Malam: Rm1,800

TIADA SEBARANG BAYARAN TAMBAHAN ATAU KOS TERSEMBUNYI



Untuk keterangan lanjut hubungi kami (telefon / sms / whatsapp) di talian:

012-495 2275
(Puan Ros / Encik Faiz)
SILA KLIK NO DI ATAS UNTUK CALL/ SMS

SILA KLIK NO DI BAWAH UNTUK WHATSAPP

0124952275



Maklum Balas Pelanggan




Kepuasan Pelanggan Matlamat Kami


Contoh Dokumen Lengkap


Surat Pengesahan Konsulat Malaysia


Sijil Nikah Majlis Agama Islam Songkhla


Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Songkhla


Surat Tauliah Imam Jurunikah (Disahkan Konsulat)


Kad Pengenalan Suami & Isteri (Disahkan Konsulat)


Passport Isteri (Disahkan Konsulat)


Passport Suami (Disahkan Konsulat)


Gambar Pasangan (Disahkan Konsulat)


Resit Rasmi Bayaran Konsulat Malaysia


*** Kami akan PASTIKAN anda pulang dengan 8 DOKUMEN LENGKAP ***


1. Surat Pengesahan Konsulat Malaysia
2. Sijil Nikah (Disahkan Pejabat Konsul)
3. Surat Pengesahan Majlis Agama Islam Thailand (Disahkan Pejabat Konsul)
4. Surat Tauliah Imam Jurunikah (Disahkan Pejabat Konsul)
5. Salinan Kad Pengenalan Suami & Isteri (Disahkan Pejabat Konsul)
6. Salinan Passport Suami & Isteri (Disahkan Pejabat Konsul)
7. Gambar Nikah Pasangan Bersama 3 Imam Bertauliah (Disahkan Pejabat Konsul)
8. Resit Rasmi Bayaran Di Pejabat Konsul Malaysia


Hukum Nikah Di Thailand

Hukum nikah di Thailand adalah sah dengan 4 syarat:


1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah

2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.
4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim.

(TIDAK SAH pernikahan Wali Hakim yang di buat di dalam negara Malaysia menggunakan Imam dari Thailand).


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Perkahwinan Lari Meninggalkan Wali Lebih Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie. Muzakarah telah memutuskan bahawa perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab Al-Syafie.



(Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jakim)



Denda Nikah Di Thailand

Untuk proses pendaftaran nikah di Malaysia, pasangan perlu hadir ke Mahkamah Syariah atau ke Pejabat Agama untuk urusan pengesahan nikah luar negara. 

Kebiasaan denda bagi kes bukan poligami adalah Rm500 - Rm1,000 untuk seorang manakala bagi kes poligami pula denda adalah Rm1,000 - Rm2,000 seorang.

Tags: kahwin di siam, kahwin di songkhla, kahwin di thailand, kahwin lari, kahwin senyap, nikah di siam, nikah di songkhla, nikah di thailand, nikah gantung, nikah sempadan, nikah tanpa wali, poligami.


Khidmat Pendaftaran Nikah Di Perlis.

Kami menyediakan khidmat daftar nikah di Negeri Perlis bagi pasangan yang telah melangsungkan pernikahan di Majlis Agama Islam Thailand. Segala urusan akan dikendalikan oleh pihak kami bermula dari A ~ Z.

Urusan daftar nikah ini boleh dibincang dengan pihak kami sejurus selepas selesai semua urusan pernikahan di Majlis Agama Islam Thailand.

Bagi semua pasangan yang telah bernikah di Thailand sebelum Covid19, semasa Covid19, atau selepas Covid19, tetapi masih belum mendaftarkan pernikahan di Malaysia, boleh hubungi kami untuk urusan pendaftaran nikah dengan kadar yang segera. Supaya pernikahan dapat didaftarkan secara sah dalam undang-undang Negara Malaysia.

Untuk keterangan lanjut hubungi kami (telefon / sms / whatsapp) di talian:

012-495 2275
(Puan Ros / Encik Faiz)
SILA KLIK NO DI ATAS UNTUK CALL/ SMS

SILA KLIK NO DI BAWAH UNTUK WHATSAPP

0124952275


Ahad, 1 Januari 2023

Pendaftaran Nikah Di Perlis

Khidmat Pendaftaran Nikah Di Perlis.

Kami menyediakan khidmat daftar nikah di Negeri Perlis bagi pasangan yang telah melangsungkan pernikahan di Majlis Agama Islam Thailand. Segala urusan akan dikendalikan oleh pihak kami bermula dari A ~ Z.

Urusan daftar nikah ini boleh dibincang dengan pihak kami sejurus selepas selesai semua urusan pernikahan di Majlis Agama Islam Thailand.

Bagi semua pasangan yang telah bernikah di Thailand sebelum Covid19, semasa Covid19, atau selepas Covid19, tetapi masih belum mendaftarkan pernikahan di Malaysia, boleh hubungi kami untuk urusan pendaftaran nikah dengan kadar yang segera. Supaya pernikahan dapat didaftarkan secara sah dalam undang-undang Negara Malaysia.

Untuk keterangan lanjut hubungi kami (telefon / sms / whatsapp) di talian:

012-495 2275
(Puan Ros / Encik Faiz)
SILA KLIK NO DI ATAS UNTUK CALL/ SMS

SILA KLIK NO DI BAWAH UNTUK WHATSAPP

0124952275


Sabtu, 17 September 2022

Soal Jawab Nikah Siam

Q & A Nikah Siam
Soalan: Sekiranya kami bercadang untuk nikah di Thailand/ Siam, apa persiapan yang kami perlu buat?
Jawapan: Sekiranya pasangan bercadang untuk bernikah di Thailand, sila maklumkan pada pihak kami tarikh untuk nikah sekurang-kurangnya satu hari lebih awal. Sediakan passport antarabangsa terlebih dahulu untuk memasuki negara Thailand/ Siam. Pihak kami akan sediakan pengangkutan serta penginapan mengikut pakej yang telah dipilih oleh pasangan.

Soalan: Bagaimana proses pernikahan akan dijalankan?

Jawapan: Pasangan akan dibawa dari Imigresen Bukit Kayu Hitam menuju ke Majlis Agama Islam Songkhla. Urusan akad nikah adalah dalam Bahasa Melayu dan lafaz akad nikah juga adalah seperti majlis akad nikah di Malaysia. Selesai urusan nikah, pasangan akan terus dibawa ke Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla, kemudian bermalam di Hatyai atau Songkhla. Keesokan harinya kami akan menjemput pasangan dari hotel dan terus ke Pejabat Konsulat Malaysia untuk mengambil surat pengesahan. Setelah selesai semua urusan, pasangan akan pulang semula ke Malaysia bersama kami.


Soalan: Berapakah harga untuk pakej pernikahan di Thailand/ Siam?
Jawapan: Untuk PAKEJ 2 Hari 1 Malam bagi pernikahan di Thailand, kami kenakan bayaran sebanyak Rm1,800. Bayaran ini adalah termasuk kos pengangkutan & penginapan, bayaran di Majlis Agama Islam Thailand, bayaran di Pejabat Konsulat, fotostat dokumen serta makan tengah hari untuk pasangan. Termasuk semua bayaran berkaitan urusan pernikahan. Tiada sebarang bayaran tambahan. 
Soalan: Sekiranya kami memilih untuk pakej nikah balik hari pula, berapa bayarannya?
Jawapan: Untuk PAKEJ 1 Hari kami kenakan bayaran sebanyak Rm1,300. Tiada sebarang bayaran tambahan.

Soalan: Bolehkah kami dapatkan sijil nikah & surat pengesahan konsulat dalam masa satu hari?
Jawapan: Tidak boleh. Urusan nikah boleh selesai dalam masa satu hari sahaja. Namun, Pejabat Konsulat meletakkan syarat bahawa setiap surat pengesahan nikah hanya akan dikeluarkan dalam masa dua hari bekerja. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Isnin, surat pengesahan tersebut boleh diambil pada hari Selasa keesokan harinya. Sekiranya borang permohonan dihantar pada hari Jumaat, maka pasangan perlu menunggu sehingga hari Isnin untuk mendapatkan surat pengesahan konsulat tersebut.
Soalan: Bolehkah kami bernikah pada hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum?
Jawapan: Boleh. Pasangan boleh memilih untuk pakej nikah balik hari yang sama. Selepas selesai urusan nikah, pasangan boleh terus pulang ke Malaysia. Semua dokumen nikah yang asal boleh di bawa pulang bersama.
Soalan: Bolehkah kami bernikah di Thailand/ Siam dan kami tidak mahu mendaftarkan pernikahan kami di Malaysia?
Jawapan: Boleh. Namun, pasangan dinasihatkan untuk mendaftar di Malaysia untuk jaminan masa hadapan suami isteri serta anak-anak (pembahagian nafkah, harta pusaka dan sebagainya). Pendaftaran nikah luar negara boleh di buat pada bila-bila masa sahaja.
Soalan: Bagaimana prosedur pendaftaran nikah di Malaysia? Adakah kami perlu bayar denda?
Jawapan: Untuk proses pendaftaran nikah di Malaysia, pasangan perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah (bagi kes pernikahan pertama) atau ke Mahkamah Tinggi Syariah (bagi kes poligami) untuk urusan pengesahan nikah luar negara. Setelah selesai urusan perbicaraan, mahkamah akan mengeluarkan surat perintah untuk tujuan pendaftaran. Sila bawa perintah mahkamah tersebut ke Pejabat Agama Islam Daerah untuk tujuan pendaftaran. Bawa bersama semua dokumen yang asal. Sementara denda pula bergantung kepada pihak pendakwaan. Sekiranya pendakwaan dibuat, pasangan perlu membayar denda. Sekiranya tidak ada sebarang pendakwaan dibuat, pasangan tidak akan dikenakan sebarang denda. Semua ini bergantung kepada pihak pendakwaan.
Soalan: Adakah kemungkinan pernikahan di Thailand/ Siam tidak sah?
Jawapan: Kemungkinan besar pernikahan adalah tidak sah sekiranya pasangan tersebut dinikahkan oleh Imam Jurunikah yang tidak mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia ataupun pernikahan tersebut dilangsungkan di luar Majlis Agama Islam Thailand yang diikttiraf (Songkhla, Satun, Pattani, Yala & Narathiwat sahaja). Pasangan perlu memastikan bahawa Imam Jurunikah tersebut mendapat pengiktirafan dari kerajaan Malaysia (senarai Imam Jurunikah tersebut boleh didapati di Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri serta Mahkamah Syariah seluruh Malaysia).


Soalan: Adakah akad nikah boleh dilakukan dua kali dengan pasangan yang sama. Contohnya begini; Saya dan pasangan telah bernikah di luar negara dan perkara ini tidak diketahui oleh keluarga kami. Jadi, kami telah bernikah sekali lagi di tanah air agar rahsia kami tidak diketahui oleh keluarga kami. Adakah kami boleh melakukan akad nikah dua kali?

Jawapan: Menurut fatwa ulamak, tidak ada tegahan untuk mengulangi aqad yang telah sah sama ada untuk tujuan pengisytiharan, memenuhi prosedur rasmi atau sebagainya. Para fuqahak dalam kitab-kitab Fiqh, dalam bab mahar (mas kahwin); mereka membahaskan mahar yang mana yang akan dipakai jika ada dua mahar berbeza yang disebut; satu dalam aqad yang dibuat secara tertutup dan satu dalam dalam aqad secara terbuka. Sebagai contohnya, pandangan dalam mazhab Syafi’ie; jika kali pertama ‘aqad dijalankan secara tertutup dengan menyebut mahar RM1000 dan kemudian diulangi aqad secara terbuka (untuk pengisytiharan) dengan menyebut mahar RM2000, mahar yang dipakai ialah yang disebut dalam aqad pertama iaitu RM1000”. (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah, 4/161). Para fuqahak dalam perbahasan tersebut tidak mempersoalkan tentang pengulangan aqad, tetapi mempersoalkan tentang mahar mana yang hendak dipakai. Ini memberi maksud bahawa mereka mensepakati bahawa pengulangan aqad tidak dilarang atau ditegah oleh Syarak.

Soalan: Sekiranya kami pulang ke Malaysia hanya dengan sijil nikah dari Siam / Thailand, adakah kami boleh ditangkap khalwat?


Jawapan: Pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah tidak boleh disabitkan atas kesalahan khalwat. Berdasarkan pengalaman saya semasa berkhidmat di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kes khalwat hanya boleh disabitkan sekiranya mana-mana pasangan yang berdua-duaan tanpa apa-apa dokumen nikah yang sah. Bagi pasangan yang mempunyai sijil nikah yang sah dari dalam negara (Malaysia) atau luar negara (Thailand, Indonesia & sebagainya) tidak boleh sama sekali disabitkan atas kesalahan khalwat.
Sebarang kemusykilan lain boleh dikemukan melalui panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas di talian +6 012-4952275 (Puan Ros / Encik Faiz)
***Semoga Usaha Kita Ke Arah Ketaqwaan Diterima Oleh Allah Subhanahu Wa Taala***

Tags: kahwin di siam, kahwin di songkhla, kahwin di thailand, kahwin lari, kahwin senyap, nikah di siam, nikah di songkhla, nikah di thailand, nikah gantung, nikah sempadan, nikah tanpa wali, poligami.

Ahad, 1 Mac 2020

Proses Daftar Nikah Tanpa Kebenaran

Secara ringkasnya, step-by-step amalan pengesahan & daftar nikah Tanpa Kebenaran begini;


Pertama: Sediakan afidavit permohonan pengesahan nikah Tanpa Kebenaran. Boleh buat di mana-mana pejabat peguam syarie.


Ke-2; Hantar permohonan ini di mahkamah syariah untuk mendapatkan tarikh bicara. Mahkamah akan tetapkan tarikh untuk hadir bicara (dalam masa 1 bulan).


Ke-3; Pasangan suami isteri mesti hadir bicara pada tarikh tersebut. Selesai perbicaraan, hakim akan tetapkan tarikh untuk pasangan datang semula bagi mendengar keputusan (dalam masa 1 bulan).


Ke-4; Suami isteri perlu hadir untuk mendengar keputusan hakim. Di sini, hakim akan mengesahkan pernikahan pasangan. Selepas hakim memutuskan pernikahan tersebut sah mengikut hukum syarak, mahkamah akan keluarkan surat perintah daftar nikah (dalam masa 1 bulan).


Ke-5; Pasangan perlu hadir untuk mengambil perintah mahkamah tersebut dengan & bawa ke pejabat agama daerah untuk daftar nikah.


Ke-6; Isi borang daftar nikah online yang telah disediakan oleh pejabat agama. 


Ke-7; Akhir sekali, pasangan perlu bayar denda atas kesalahan nikah tanpa kebenaran Jabatan Agama Islam Malaysia. Denda maksimum bagi kes poligami adalah Rm4,000 bagi setiap pasangan manakala denda maksimum bagi kes bukan poligami adalah Rm2,000 bagi setiap pasangan. Selepas 1 bulan, pasangan perlu hadir semula ke Pejabat Agama Islam untuk mengambil sijil nikah. Sampai di sini, selesailah urusan daftar nikah. 

Sekiranya Ada Soalan Yang Berkaitan, Sila Hubungi Saya Di Talian 012-495 2275. Terima Kasih.

*Amalan Daftar Nikah Setiap Negeri Dalam Malaysia Hampir Sama*

Tags: Nikah Kahwin di Siam, Nikah Kahwin di Thailand, Nikah Kahwin di Songkhla.

Sabtu, 1 Jun 2019

AWAS! SINDIKET PERNIKAHAN PALSU

SINDIKET PERNIKAHAN PALSU BERMAHARAJALELA SEPANJANG MASA & TIDAK MAMPU DITUMPASKAN.




Mereka Lebih Licik Dan Mengaut Untung Lebih Besar Dengan Perjanjian Meyakinkan Pelanggan Mereka.

Mereka Mempunyai Modal Yang Besar Untuk Mengiklankan Perkhidmatan "Profesional" Mereka Di Mana-mana.

Sepanjang penglibatan kami di dalam bidang pengurusan nikah di Selatan Thailand sejak tahun 2010 hingga sekarang, kami telah juga menemui begitu ramai pasangan yang telah terpedaya dengan sindiket pernikahan palsu seperti ini yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tanpa memikirkan soal halal haram apatah lagi balasan Allah di akhirat kelak.  Dengan rahmat Allah, kami juga telah berjaya menyelamatkan ramai pasangan dari tertipu dan juga membantu pasangan yang telah pun tertipu untuk bernikah semula secara halal dan memenuhi hukum syarak.  Namun begitu, apa yang menyedihkan, walaupun telah banyak berita di media perdana tentang sindiket ini ditumpaskan oleh pihak berkuasa, masih ramai lagi yang terus diperdayakan.  Malahan ada juga pasangan yang telas jelas tertipu masih berdegil untuk tidak mahu memperbetulkan keadaan dengan bernikah semula dan meneruskan kehidupan mereka dalam keadaan bermaksiat sepanjang masa.

Persoalan utama dari sini ialah apakah yang menyebabkan keadaan ini berlaku? Siapakah yang patut dipersalahkan? Adakah ini salah pihak berkuasa? Salah ibu mengandung? Salah ahli sindiket itu? Salah keadaan ekonomi dunia? Ataupun salah pakcik yang tinggal di hujung kampung?  JAWAPAN yang tepat ialah salah pasangan itu sendiri kerana KURANGNYA pengetahuan tentang hukum pernikahan, peraturan nikah dan ilmu yang berkaitan, di mana mereka tidak dapat membezakan sindiket palsu dan khidmat pernikahan yang tulen.

Atas dasar tanggungjawab dan harapan yang tinggi untuk keredhaan Allah, kami terpanggil untuk menjelaskan secara terperinci yang mungkin tentang perbezaan antara pernikahan sindiket dan khidmat pengurusan nikah yang tulen.  Kami harap dengan sedikit ilmu yang kami kongsi ini, ia akan memberi manafaat kepada anda semua.


Apa itu sindiket nikah palsu?

Sindiket nikah palsu ialah sekumpulan orang yang menjalankan urusan pernikahan yang:

1.       TIDAK MEMENUHI TUNTUTAN SYARAK BERKAITAN RUKUN NIKAH

2.       Menguruskan DOKUMENTASI YANG TIDAK SAH

3.       Salah satu atau kedua-dua di atas

TIDAK MEMENUHI TUNTUTAN SYARAK BERKAITAN RUKUN NIKAH

Pernikahan yang tidak memenuhi syarak ialah apabila salah satu daripada rukun nikah tidak dipenuhi.  Implikasi pernikahan ini ialah pernikahan itu TIDAK SAH dan pasangan yang dinikahkan itu akan hidup dalam keadaan berzina dan anak yang lahir dari pernikahan itu adalah anak zina.  Biasanya rukun nikah yang tidak dipenuhi di dalam kes sindiket pernikahan palsu ialah sama ada tentang WALI ataupun SAKSI atupun kedua-duanya sekali.

Sememangnya kebanyakkan pasangan kahwin lari ini bernikah dengan menggunakan Wali Hakim/Raja.

"WALI HAKIM IALAH WALI/KADHI YANG DILANTIK OLEH PIHAK YANG BERKUASA/RAJA UNTUK MENIKAHKAN PASANGAN SECARA WALI HAKIM/RAJA DI DALAM KAWASAN DI MANA WALI HAKIM/RAJA ITU DITAULIAHKAN."

Contohnya, Wali Hakim yang ditauliahkan di Songkhla hanya boleh menikahkan pasangan di dalam wilayah Songkhla SAHAJA.  Jika beliau menikahkan pasangan di wilayah lain seperti Yala, Narathiwat ataupun menyeberang ke Malaysia, maka beliau hilang kuasa untuk menjadi wali hakim dan pernikahan di luar kawasan tauliah beliau (secara wali hakim) adalah TIDAK SAH.  DITEGASKAN di sini bahawa:

PERATURAN INI ADALAH TUNTUTAN SYARAK DAN BUKANNYA UNDANG-UNDANG YANG DIGUBAL OLEH KERAJAAN.

"SAKSI PERNIKAHAN PULA HENDAKLAH ORANG YANG BERAGAMA ISLAM DAN ADIL SERTA TIDAK FASIK." 

Ahli sindiket pernikahan palsu pula adalah mereka yang menipu untuk mendapatkan keuntungan.  Secara automatiknya mereka tergolong di dalam golongan yang penipu dan tidak adil.  Maka kesaksian mereka di atas sesuatu pernikahan itu tidak boleh digunapakai.  Akibatnya pernikahan itu juga TIDAK SAH.

DOKUMENTASI YANG TIDAK SAH

Memandangkan sindiket pernikahan palsu tidak boleh mengeluarkan dokumen yang tulen. Maka dokumen yang diberikan oleh sindiket tersebut adalah tidak sah disisi undang-undang mana-mana negara. 

Berikut adalah antara dokumentasi tidak sah:

a)      Sijil nikah palsu Thailand dicetak sendiri oleh sindiket berserta dengan tandatangan/cop palsu.

b)   Sijil nikah tulen Thailand yang diperolehi secara tidak sah (curi atau beli melalui pegawai yang menerima rasuah)

c)       Surat pengesahan konsulat palsu dan tiada rekod di konsulat.

d)      Sijil nikah Malaysia palsu yang dicetak sendiri.

e)      Sijil nikah Malaysia tulen yang diperolehi secara tidak sah (merasuah pegawai).

f)       Tidak melalui proses pendaftaran yang lengkap iaitu:

a.       Pengesahan konsulat di Thailand
b.      Pendaftaran dan pengesahan di Mahkamah Syariah Malaysia
c.       Pendaftaran dan pengesahan di Jabatan Agama Islam Malaysia.

g)      Sindiket yang menjanjikan “Semua dokumen lengkap dan tulen (berserta kad nikah) boleh disiapkan tanpa melalui prosedur yang ditetapkan”.

Jika pasangan ditawarkan urusan penuh melalui mereka (yakni pasangan tidak perlu ke pejabat agama @ tidak perlu mahkamah syariah dan sebagainya) maka JELASLAH mereka ini menjalankan khidmat pernikahan yang tidak sah!

Implikasi dari sini adalah amat besar yakni (bahagian ini memfokuskan bahagian dokumentasi sahaja):

a)      Pernikahan itu boleh jatuh ke dalam status “meragukan” dan boleh dibatalkan oleh mahkamah syariah.

b)      Pernikahan itu tidak boleh didaftarkan di Malaysia.

c)     Apabila ahli sindiket tersebut ditangkap oleh pihak berkuasa Malaysia, maka jika sijil-sijil nikah yang tidak sah tersebut akan dikenalpasti oleh pihak berkuasa.  Status pernikahan mereka boleh “digantung” dan kemudian jika didapati pernikahan tidak sah, maka anak-anak yang lahir juga tidaklah dikira sebagai anak yang sah taraf.

d)      Dewasa ini rekod pernikahan di Jabatan Agama Islam Malaysia adalah “online”.  Banyak pasangan yang telah bernikah melalui sindiket ini gagal mendaftarkan anak mereka kerana rekod online di Jabatan Pendaftaran dan Jabatan Agama Islam TIDAK selari atau TIDAK ADA.  Kadang-kadang proses mengemaskini rekod itu berlaku kemudian (setelah sindiket palsu ditumpaskan). Bayangkan jika perkara itu hanya diketahui sewaktu hendak mendaftarkan anak kedua atau ketiga?  Tidak mustahil rekod pendaftaran anak pertama itu juga akan dikaji semula oleh kerajaan.

e)  Isteri yang teraniaya tidak boleh mendapatkan pembelaan.  Contohnya, jika digantung tidak bertali, maka mereka tidak boleh melaporkan ke mana-mana kadhi di Malaysia mahupun Thailand kerana mereka tidak ada rekod pernikahan yang sah.

f)   Isteri/suami dan anak tidak boleh menuntut pusaka jika kematian pasangan jika tiada rekod/pendaftaran pernikahan yang sah ataupun jika ketulenan rekod pernikahan itu dicabar di mahkamah.

g)    Banyak masalah berkaitan rekod dan ketulenan timbul setelah bertahun-tahun.  Paling menyedihkan apabila pasangan itu telah mempunyai ramai anak.  Dan ketika itu, jika pernikahan mereka didapati tidak sah, bagaimana pula nasib anak-anak itu?  Bagaimana pula dengan maruah mereka?

h)      Ahli sindiket ini tidak layak menjadi saksi pernikahan kerana melakukan penipuan.  Jika mereka menjadi saksi, maka kesaksian seorang penipu tidak boleh diterima.  Pernikahan boleh jadi tidak sah.


Senario-senario pernikahan melalui sindiket pernikahan palsu. Inilah aktiviti utama sindiket palsu:

Senario 1

Pasangan dinikahkan di Malaysia.  Wali adalah wali hakim dari Thailand.  Saksi adalah dua orang ejen yang menguruskan pernikahan mereka.

Status pernikahan: TIDAK SAH kerana wali hakim menikahkan pasangan di luar kawasan tauliah dan saksi tidak sah.

Senario 2

Pasangan dinikahkan di Malaysia.  Wali adalah wali hakim dari Thailand.  Saksi adalah dua orang sahabat pengantin yang tidak terlibat dengan sindiket itu.

Status pernikahan: TIDAK SAH kerana wali hakim menikahkan pasangan di luar kawasan tauliah.

Senario 3

Pasangan dinikahkan di Malaysia/Thailand oleh Wali Akrab (bapa) wanita itu sendiri.  Saksi adalah ahli sindiket yang menguruskan dokumen tidak sah.

Status pernikahan: TIDAK SAH kerana saksi pernikahan adalah mereka yang terlibat dengan aktiviti penipuan (dalam kes ini penipuan dokumen).

Senario 4

Pasangan dinikahkan di Narathiwat secara wali hakim oleh kadhi yang dilantik di Songkhla dan disaksikan oleh ahli sindiket.

Status Pernikahan:  TIDAK SAH kerana wali hakim hilang kelayakkan diluar kawasan tauliah.  Saksi juga terlibat dengan penipuan dan kesaksian mereka tidak boleh digunapakai.

Senario 5

Pasangan dinikahkan di Narathiwat secara wali hakim yang dilantik di Narathiwat dan disaksikan oleh anggota sindiket yang menguruskan dokumen pernikahan yang tidak sah (contohnya boleh urus sehingga keluarkan sijil nikah Malaysia tanpa pasangan ke Mahkamah Syariah/Jabatan agama).

Status Pernikahan:  TIDAK SAH saksi juga terlibat dengan penipuan dan kesaksian mereka tidak boleh digunapakai.  Situasi disini adalah jika mereka boleh keluarkan dokumen secara “pintu belakang” maka sudah tentunya ada yang terlibat dengan rasuah dan sebagainya.  Dan rasuah itu adalah perkara yang diharamkan oleh Islam.

Senario yang Sah tapi bermasalah:

Senario 6

Pernikahan dilakukan di Malaysia atau Thailand oleh Wali Akrab (bapa) perempuan dan disaksikan oleh dua atau lebih saudara/sahabat pasangan yang adil & tidak fasik, yang juga tidak terlibat dengan sindiket pernikahan palsu.  Surat nikah dikeluarkan oleh sindiket sama ada surat nikah Malaysia mahupun Thailand dan segalanya diuruskan oleh anggota sindiket.

Status Pernikahan: SAH kerana memenuhi tuntutan syarak dan memenuhi rukun nikah.

Implikasi: Akan berlaku masalah di masa depan apabila semua rekod pernikahan dikemaskini, lebih-lebih lagi apabila sindiket pernikahan palsu ini dibongkar oleh pihak berkuasa.  Dan jika katakanlah selepas 10 tahun ia terbongkar dan kesemua wali dan saksi telah tiada, pernikahan ini susah untuk dibuktikan dan tidak mustahil boleh mengundang pelbagai masalah lain yang pada waktu pernikahan itu tidak difikirkan.

Senario 7

Pernikahan dilakukan di Thailand oleh Wali Hakim yang bertauliah di dalam kawasan/wilayah beliau ditauliahkan dan disaksikan oleh dua orang saksi yang adil & tidak fasik, yang juga tidak terlibat dengan sindiket pernikahan palsu.  Surat nikah dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Thailand.  Kemudian urusan pendaftaran di Malaysia diuruskan sepenuhnya oleh sindiket, yakni tidak perlu ke Mahkamah dan Jabatan Agama Islam di Malaysia.

Status Pernikahan: SAH kerana memenuhi tuntutan syarak dan memenuhi rukun nikah.

Implikasi: Akan berlaku masalah di masa depan apabila semua rekod pernikahan dikemaskini, lebih-lebih lagi apabila sindiket pernikahan palsu ini dibongkar oleh pihak berkuasa.  Dan jika katakanlah selepas 10 tahun ia terbongkar dan kesemua wali dan saksi telah tiada, pernikahan ini susah untuk dibuktikan dan tidak mustahil boleh mengundang pelbagai masalah lain yang pada waktu pernikahan itu tidak difikirkan.

Sindiket Palsu Ini Akan Menawarkan Kepada Anda SALAH SATU Daripada Pekhidmatan Seperti Senario Di Atas & Mereka Sangat Aktif SEPANJANG MASA.


Kami ingin mengingatkan saudara semua bahawa anggota sindiket ini amat licik dalam meyakinkan pasangan yang hendak bernikah ini.  Mereka akan mengatakan bahawa telah banyak pasangan yang mereka uruskan telah “lepas” dan tak ada masalah di kemudian hari.  Kadangkala ada ahli mereka berperwatakan berpakaian warak, menggunakan gelaran ustaz & haji dan konon-kononnya tahu hukum hakam serta amat alim.  Caj perkhidmatan mereka adalah amat tinggi.  Barangkali ada pasangan yang lepas dengan hal-hal pendaftaran selama beberapa tahun.  Bagaimana pula setelah penipuan mereka terbongkar dan rekod pernikahan dikemaskini oleh pihak berkuasa? Ataupun ada juga yang pendaftarannya “selamat” di atas kertas, akan tetapi bagaimana pula dengan status pernikahan itu? Sah atau tidak?

NASIHAT KAMI

Jika anda perlu bernikah di Selatan Thailand (walau apa pun sebabnya), maka anda MESTI pastikan bahawa dua perkara tersebut dipenuhi:

1.       Pernikahan itu adalah SAH DISISI SYARAK.

2.       Semua dokumentasi adalah lengkap dan diperolehi melalui saluran yang SAH.

3.       Ini hanya boleh dibuat melalui perunding yang tulen.

"Jangan terpedaya dengan sindiket palsu seperti yang dijelaskan di atas.  Nikah melalui prosedur yang SAH! KAMI sedia membantu! "


Berikut adalah proses pernikahan di Selatan Thailand yang benar-benar SAH serta proses pendaftaran pernikahan tersebut di Malaysia melalui saluran yang betul yang kami amalkan:


Di Thailand

1.       Pasangan lelaki dan perempuan itu beragama Islam dan tidak ada halangan disisi syarak untuk bernikah.  Contohnya, lelaki itu tidak beristeri empat ataupun wanita itu tidak bersuami dan bukan dalam edah.

2.       Proses masuk ke Thailand melalui prosedur yang sah yakni menggunakan passport ataupun Pas Sempadan yang sah dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia.

3.       Pasangan dibawa ke Pejabat Majlis Agama Islam itu sendiri* (bukannya di tempat lain seperti hotel, restoran dan sebagainya) dan dinikahkan oleh:

a.       Kadhi yang bertauliah untuk menikahkan pasangan secara wali hakim di dalam kawasan beliau ditauliahkan itu.

b.      Bapa/Wali akrab pengantin perempuan itu sendiri.
*jika Pejabat Majlis Agama Islam itu kurang dari dua marhalah dari Wali/Bapa perempuan itu, maka pasangan itu akan dibawa ke suatu tempat yang ditetapkan oleh Kadhi yang Bertauliah itu, OLEH Kadhi tersebut,  SELEPAS hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam tersebut dahulu (bukannya terus ke lokasi lain).

4.       Saksi pernikahan merupakan pegawai Majlis Agama Islam itu sendiri.

5.       Surat Nikah / Pengesahan Nikah dikeluarkan sendiri oleh Pejabat berkenaan selepas bernikah.

6.       Surat pengesahan nikah yang rasmi kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Thailand juga dikeluarkan oleh Pejabat berkenaan.

7.       Semua dokumen asal, sijil asal berserta salinan dibawa BERSAMA PASANGAN ke Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia untuk tujuan pendaftaran dan pengesahan.

8.       Proses pendaftaran di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia dilakukan menurut prosedur yang betul dan lengkap.

9.       Menunggu sekurang-kurangnya satu hari bekerja.

10.   Surat pengesahan dari Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia diambil BERSAMA pengantin.  Pasangan pengantin MESTI hadir untuk menerima dokumen secara sah.


Di Malaysia

11.   Semua dokumen yang tulen dan lengkap di bawa ke Mahkamah Syariah serta Jabatan Agama Islam di Malaysia untuk proses pendaftaran dan pengesahan.

12.   Kami akan menasihati dan menunjukkan prosedur yang betul untuk proses pengesahan dan pendaftaran.  Untuk tujuan ini, pasangan MESTI HADIR dan melalui proses tersebut sepenuhnya.  Cuma apa yang kami bantu ialah dari khidmat nasihat bagaimana proses itu dapat berjalan secara lancar dan tidak memakan masa yang lama.

13.   Ada pasangan yang mahu menunda proses pendaftaran di Malaysia atas sebab-sebab mereka yang tersendiri.  Kami juga akan memberikan nasihat yang sewajarnya. 


Proses 1-3 di atas memastikan pernikahan itu sah.

Proses 4-12 di atas menentukan pendaftaran di Malaysia dapat dilakukan secara sempurna, dengan saluran yang betul dan TANPA masalah di masa hadapan.

Ingatlah! Dalam hal ini tiada “short cut” mahupun “jalan belakang”.  Jika anda menggunakan sindiket pernikahan palsu, anda mungkin “selamat” sementara.  Jangan pula 10-20 tahun akan datang anda hadapai pelbagai masalah dek kerana terpedaya hari ini. 

Sekali lagi kami ingin memberitahu, bernikah di Selatan Thailand bukanlah sepatutnya menjadi jalan utama kepada masalah pernikahan anda, akan tetapi jika anda terpaksa bernikah disana, maka gunakanlah perkhidmatan yang tulen.  Prosedur yang lengkap adalah seperti yang kami senaraikan di atas. 

Dengan Rahmat Allah dan dibantu kami, pernikahan yang kami uruskan ini adalah SAH dan segalanya akan menjadi mudah untuk anda Insyaallah.  Di Malaysia pula nanti, pendaftaran anda akan diperakui dan disahkan 100%, Insyaallah.

Segala dokumen akan dikeluarkan oleh pihak yang berkenaan sahaja.  Ini menjamin anda terselamat dari masalah mendatang.  Dan yang paling jelas disini, anda akan terlibat dalam setiap proses tersebut.  Kami akan menemani dan menasihati dan menguruskan untuk anda.  Akan tetapi kami tidak boleh tandatangan mahupun menurunkan cap jari bagi pihak anda.

Kami tidak boleh mengeluarkan dokumen pernikahan tetapi kami membantu anda mendapatkan dokumen yang sah melalui saluran yang sah.